TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori Pembelajaran Sosial melibatkan 3 prinsip utama. Terdiri daripada individu(proses), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku(behaviour).
I = Individu
P = Persekitaran
T = Tingkah laku
Rajah 1 : Tiga prinsip Teori Pembelajaran Sosial
Tokoh mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behaviouris bersama mazhab kognitif.
Teori ini dikenali sebagai Teori Perlakuan Model oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan teknik permodelan memberi pengaruh yang lebih besar kepada kanak-kanak .
Bandura dan Walters telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak berusia 3-6 tahun pada tahun 1963.
Kajian membuktikan kanak-kanak secara keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan lebih agresif.
EKSPERIMEN 1
Kedua-dua kumpulan kanak-kanak kemudian dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Maka didapati :
Kumpulan A bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit, malahan bertindak dengan lebih agresif dan ganas
Kumpulan B tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.
EKSPERIMEN 2
Kemudian ketiga-tiga kumpulan kanak-kanak dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Maka didapati :
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif berbanding dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka.
Kumpulan B dan kumpulan C Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif.
RUMUSAN
EKSPERIMEN 1 : Kesimpulannya tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan.
EKSPERIMEN 2 : Kesimpulannya tingkah laku peniruan atau permodelan adalah hasil peneguhan
Berdasarkan Teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut
Orang yang diperhatikan sebagai model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling).
PROSES PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/PERMODELAN
Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian/permodelan menurut bandura(1986).
Rajah 2 : Empat unsur utama dalam Teori Permodelan Bandura
------------------------------------------------------------------------------------------
Pembelajaran hanya berlaku dengan tumpuan perhatian.
Faktor yang mempengaruhi perhatian :
• Ciri-ciri model seperti nilai, umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati.
• Kegunaan dan faedahnya.
• Kemahiran pemerhati
JENIS-JENIS PENIRUAN/PERMODELAN
Rajah 3 : Jenis-jenis Peniruan/Permodelan
Rajah 4 : Jenis-jenis Model dalam Peniruan/Permodelan
PRINSIP-PRINSIP PERLAKSANAAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
1. Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial.
Rajah : Prosedur pemerhatian
2. Memastikan proses pemerhatian dijalankan mengikut prosedur iaitu :
3. Memupuk keupayaan mengawal dan manipulasi diri (self regulation) dengan menggunakan pemikiran sendiri dan maklum balas daripada model.
4. Memupuk kecekapan meniru (reproduksi) dengan latihan berulang dan demonstrasi berulang oleh model.
5. Memupuk konsep kendiri yang positif supaya pelajar yakin dengan peniruannya. Oleh itu peneguhan seperti galakan dan pujian diperlukan.
IMPLIKASI TEORI PERMODELAN BANDURA
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara lebih berkesan berdasarkan teori permodelan. Ini dilaksanakan dengan cara berikut :
Penyampaian guru berkenaan topik yang diajar mestilah menarik supaya guru menjedi model dan gemar dicontohi pelajar.
Guru melakukan demonstrasi dengan penerangan yang jelas bagi memastikan pelajar memahami dan meniru perlakuan dengan tepat.
Hasilan guru seperti kerja kraf tangan mestilah berkualiti supaya murid terdorong untuk meniru dan menghasilkan yang lebih baik.
Guru boleh menggunakan contoh model di kalangan rakan sebaya yang cemerlang untuk membuat demonstrasi di dalam kelas.
Guru boleh mengajar nilai murni dengan mengunakan teknik main peranan dan simulasi.
KESIMPULAN
Teori pembelajaran sosial adalah gabungan behaviouris dan kognitif.
Ini merupakan keadaan tingkah laku yang terhasil adalah mengikut pemikiran murid sendiri.
Murid menilai melalui model yang dilihat dan akan membuat perkara yang sama jika diberi peneguhan.
Tetapi jika tiada peneguhan, mereka dapat menilai tingkah laku itu tidak perlu ditiru.
Guru bertindak sebagai model manakala murid sebagai pemerhati bebas menilai untuk menghasilkan tingkah laku tindak balas kemudiannya.