TIPS SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN
Salam semua..
hari ni adalah hari bermulanya peperiksaan saya bagi semester lima tahun 2011. Subjek untuk petang ni ialah Budaya dalam Pembelajaran. Bagi saya subjek ni seronok dipelajari dan tidak terlalu sukar. Bukan apa,sebab kita da penah pergi praktikum kan,kira dah turun padangla..so,bolehla kaitkan sikit dengan pengalaman sedia ada,hehe...tula kelebihan ada praktikal ni,bukan belajar teori pembelajaran sahaja.
Saya nak kongsi tips yang berguna untuk diamalkan sehari sebelum peperiksaan. Yelah,memang dekat sangat dah pun ni,ade beberapa jam lagi dari sekarang. Tapi boleh lagi berblog ye,haha..sebenarnya ni pun salah satu tips atau terapi sebelum exam,huhu..
Ok,saya ceritakan satu persatu...
1. Jangan berjaga sehingga lewat malam
Pastikan diri anda tidur mengikut waktu kebiasaan. Jangan paksa diri untuk habiskan baca semua buku yang berkaitan. Sebabnya, soalan yang keluar xde pun dia tulis bulat-bulat macam dalam buku. Maknanya,kita x perlu baca semua perkataan yang ada dalam buku. Cukuplah kita paham isi utama setiap subtopik. Kalau kita tumpukan perhatian dalam kelas,mesti kita boleh faham kan. Sebelum peperiksaan ni kita hanya perlu ulangkaji untuk warm up otak je. Takdela dia terkejut nak jawab soalan dalam exam nanti. Jadi lebih baik kita tidur awal supaya kita tak mengantuk time dalam dewan peperiksaan. Kang,silap-silap ada peta atas kerta jawapan. Tak ke haru biru jadinya,hehe..
Inilah akibatnya kalau kita berjaga malam
2. Elakkan daripada memikirkan soalan yang bakal keluar
Ini adalah satu tips berguna untuk memastikan emosi kita terkawal. Kita kena yakin dengan keupayaan diri sendiri. Ada sesetengah pelajar yang terlampau risau jika mereka tak dapat jawab soalan yang diberi. Pastikan diri ebrfikiran positif dan bersedia dari segi mental dan emosi untuk menjawab soalan peperiksaan. Jangan bagi tekanan terhadap diri sendiri. Kalau tak,inilah jadinye....
3.Lakukan sesuatu yang menenangkan dan menyeronokkan
Saya suka tips ni. Apabila esok hari peperiksaan, kita digalakkan melakukan sesuatu yang boleh menenangkan dan menyeronokkan. Yela,kan sebelum tu dah belajar je sampai lebam,kita berehatla sekejap. Contoh macam saya ni, saya buatla entri terbaru. Sebab macam menyeronokkan je,hehe..nak tenangkan jiwa la ni.Terpulang kepada individu,kalau nak melukis ke, nak mandi kolam ke,nak masak ke,dah kalau tu benda yang dia suka..hah,buat jela..jangan pikir nak exam je tau..
Tengokni,dia ni senyum je time masak. Maknanya seronokla kan
Kalau suka berendam, bolehla g cari kolam n terjun. Adik ni nak jawab soalan SPM esok,tengok tu boleh berenang-renang lagi dalam kolam buatan ni,hehe..
Atau,anda boleh melukis macam lukisan ni...contoh je ye,nak lukis gamba apa pun terpulanglah,nk lukis kucing kesayangan korang pun boleh..tapi siapalah pelukis ni ye,nak tanya gak,ni gamba adik beradik dia ke ye???
4. Telefon ibu dan ayah untuk meminta restu
Doa ibu dan ayah sangat penting untuk setiap anak. Oleh itu,kalau kita duduk berjauhan dari mereka,telefonlah mereka memohon restu dan bagitahu mereka yang kita harap doakan daripada mereka. Doa yang paling berkat ialah doa ibu bapa. Paling cepat termakbul. Di samping itu, kita juga mesti memohon kepada Allah supaya dipermudahkan segalanya.
5. Sediakan alat tulis dan pakaian yang hendak digunakan
Sebelum masuk dewan peperiksaan, pastikan semua alat tulis mencukupi. Supaya nanti, takdela kita nak kelam kabut kan. Tak bawak pen la...pen xde dakwatla...kan melambatkan kita nak tulis jawapan nanti. Esei dah la banyak kan,jadi bawakla 2 ke 3 batang pen. Jangan lupa,pemadam dan pembaris juga. Kalau ada subjek yang perlukan alat laen,sediakan awal-awal jugak.
Kla,rasanya cukup sampai di sini. Sebab ada satu perkara yang saya tak buat lagi daripada 5 tips di atas.
Saya nak cari pen dan pensil yang dah berterabur serta tak tau ada dakwat lagi atau tak. Hermm..oh ye, baju pun x bergosok lagi,hehe...
Nak pakai baju ape ye???Cuba kita pilih nak..
mungkinkah kebaya nyonya ini???
atau jubah ini???
atau kaftan menjadi pilihan???
ERMMM...saya buat keputusan untuk memakai baju batik bersempena hari Khamis ni,hehe..
Kla..selamat menduduki peperiksaan semua..
Semoga kita semua dapat jawab dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang..salam sayang daripada CEK BELLA..































