Mungkin nasi lemak memang tak diragui kehalalannya,tapi boleh ke logo JAKIM tu digunakan untuk pembungkusan nasi lemak tu. Tengok memang menarik,pandai pencipta kertas pembungkus nasi lemak ni...Tapi nasi lemak ni memang kontoversi...

Tapi kalau tokey nasi lemak ni nak letak gak cop halal tu,mohonla kat JAKIM supaya semua orang tak meragui nasi lemak tu...

Untuk pengetahuan semua,negara kita ada peraturan tentang penggunaan logo halal Malaysia.







PENJELASAN MENGENAI PERATURAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada bulan Ogos 2009, JAKIM telah menetapkan bahawa logo halal Malaysia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir no. rujukan permohonan seperti contoh yang ditunjukkan.

Tujuan peraturan ini ialah untuk:

1. memenuhi keperluan ISO IEC/Guide 65;
2. mengawal penyalahgunaan logo halal pada produk yang telah disahkan halal oleh JAKIM/JAIN; dan
3. memudahkan pihak pengguna untuk membuat semakan halal sesuatu produk berdasarkan nombor rujukan pemohon.

Bagi menguatkuasakan peraturan ini, semua pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia diberi tempoh sehingga 30 Jun 2011 untuk melaksanakan peraturan tersebut. Sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan ini selepas tempoh tersebut boleh menyebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia digantung atau ditarik balik oleh JAKIM/JAIN.

Haa..da clear kan,kirenya kamu kena daftar dulula kalau nak guna logo halal tu ye..yela tak nak ade orang kata logo tu boleh cop sendiri je..

Tamatla ceritaku hari ini,huhu...