Kenangan di SK Taman Seri Gombak time wat SBE
seronok budak2 ni nyanyi...

Terapi muzik dan nyanyian memang bez...hari ni kelas terapi dengan encik nik,naseb tak kena mrh sgt sebab x wat presentation,huhu...so encik nik pun suh ktorang main satu lagu kanak-kanak dengan alat muzik skali sbg denda.

Bella main kerincing,bunyinya cinggg..cingg...cinggg...

Herm,kitowang pn tak tau nk nyanyi lagu ape,last skali pilih lagu anak itik tok wi jer..bolela wat persembahan,tapi klau x buat lg bagus r..

Terapi muzik ni sesuai untuk murid pendidikan khas terutamanya untuk mengawal emosi dan tingkah laku murid. Bila aktiviti tu menyeronokkan, murid akn beri tumpuan...contoh macam murid hyperaktif,dia akn bg tumpuan semasa menyanyi,xla dia bergerak tak terkawal..

Terapi ni jugak elok menguatkan fizikal murid pk,yela..bila ada muzik kita akan gerakkan badan ikut irama,kat cnie la boleh suruh murid bergerak untuk kuatkan otot dorang..

Bila aktiviti dalam kelas seronok,murid gembira,bila murid hepy dorang akan rasa selesa dan dapat meluahkan emosi mereka...takdela nanti kecelaruan emosi. Kdg2 ada murid yang tiba2 marah,ni maksudnya mrk x boleh luahkan emosi..aktiviti riadah dan santai mcm terapi muzik dan nyanyian boleh bantu dorang ni sume...

Kalau kita yg da dewasa ni pn seronok,apatah lagi budak2,memang dorang suke kalau dapat nyanyi sambil main alat muzik ni..

Kepada sesiapa yang ada tekanan perasaan, bolela cube bwt terapi muzik ni ye,huhuhu...mmg bezla...