SAKSIKAN JUVANA DI TV3

Salam semua...

ok,ari ni nak cter pasal satu drama TV3 yang menarik perhatian cegu bella. Disiarkan setiap hari Isnin jam 9 malam.

 


Tajuk drama ni ialah 'Juvana'. First tgok iklan,nampak da abg bront ngan Zahiril Adzim ni..ak memang minat dua org pelakon ni. Ble tgok abg bront berlakon,komfem ak akn tgok cter tu. Lakonan dye memang nampak real je,i like abg bront walaupun abg bront x like i,i x kesah...hehe..Zahiril Adzim plak ak minat dye sejak cter Merah Putih. Ala..yang adaptasi daripada bawang putih dan bawang merah tu,tapi versi lelaki. Sejak tu suka tengok dia berlakon. Selamba je bawak watak, x kayula orang kata...



Berbalik kepada tujuan asal entri ini ye...Drama ‘Juvana’ mengisahkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh ibu sendiri serta teman lelaki ibunya.Zahiril Adzim memegang watak Daim sebagai watak utama dalam drama ini.


Drama yang menyaksikan gandingan mantap antara penerbit, Kabir Bhatia, pengarah, Faisal Ishak dan penulis skrip, Alfie Palermo ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata dan Hariry.  



‘Juvana’ turut dihangatkan dengan barisan bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.Ak nak belek gamba sorang-sorang ni,mane tau ada yang berkenan,ececehhhh..huhuhu...

 Hah..ni salah satu babak dalam drama ni..klu korang tgok memang kesian sangat ngan si Daim ni. Asyik kena buli je dengan budak-budak lain,terutamanya Si Botak. Botak ni House Captain dorang. Tapi cerita ni memang menggambarkan kisah pesalah juvana. Penulis skrip ni Alfie Palermo banyak kaji kisah budak Sekolah Henry Gurney untuk paparkan situasi yang berlaku. Tujuan dia menghasilkan cerita ini untuk gambarkan kat kita semua yang budak-budak ni boleh berubah dengan kemahuan masing-masing. Nilai yang diterapkan sangat banyak. Tajuk entri ni ialah kata-kata Warden Raja yang dibawakan Bront Palarae. Memang sesuai gaya Bront yang bole buat muka serius gitu..


Ni lah Ketua Warden. Budak-budak ni panggil Tuan Raja


Cikgu Zakiah sebagai guru kaunseling. Satu-satunya cikgu perempuan kat sekolah ni


Ni Timbalan Warden iaitu Cikgu Ariffin. Dia ni memang muka agak ganas sikit. Menganggap pelajar sekolah ini tidak akan berubah


Ni Cikgu Azmee..guru kelas mekanik. Dia ni cool je,hehe..


Kalau tadi kita cter pasal cikgu,sekarang pasal budak-budak plak

Ni Botak..bawak watak House Captain. Seorang yang bengis dan ditakuti budak lain


Komeng. Watak pendiam dan selalu diejek terncat akal. Tapi Komeng ditakuti budak lain sebab fizikalnya yang besar dan memang mengerikan muka dia.

Ni la dua watak yang aku suke,ade lagi budak2 lain..tapi ape2 pun,memang bez cter ni..Harap masyarakat dapat terima dan faham motif Alfie Palmero buat skrip yang bagus ni..kla,penat da cegu berceloteh,
dadiduduuuuuu...