Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat menyambut hari raya aidil adha...
DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah tindakan fizikal dan mental yang dilakukan oleh manusia sama ada naik atau buruk, betul atau salah.

“Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan dengan cara untuk bertindak dan bagaimana tindak balas seseorang terhadap persekitaran”.
(Raymond G. Miltenberger)

“Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara kamu lakukan, cara kamu beraksi dan tindak balas terhadap persekitaran. Kebanyakan tingkah laku dipelajari tetapi tingkah laku yang berubah secara tiba-tiba dengan sendiri bukan dipelajari. Tingkah laku sememangnya dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran”.
(Lewis M.Beaker,2001)

“ Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi. Secara teknik yang melibatkan aktiviti otot iaitu pergerakan tubuh badan yang dihasilkan”.
(Garry Martin , Joseph Pear: 2003)

“Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan sekeliling. Sekiranya konsep diri positif maka dia berupaya untuk berinteraksi dengan lebih yakin”.
(Carl Rogers, 1999)

“ Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan”.
Ciri-ciri berdasarkan Al-Ghazali:
• Berasaskan dorongan dan tujuan. Dorongan ini berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
• Motivasi pula dirangsang melalui rangsangan dalaman dan luaran sama ada keperluan fisiologi atau emosi.
• Motivasi mendorong individu melakukan sesuatu
• Tingkah laku berkaitan dengan perasaan dan kesedaran ikut situasi.
• Interaksi berlaku secara terus antara motivasi dan tingkah laku.
• Tingkah laku dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan dan kelakuan serta pemikiran yang rasional.



DEFINISI SALAH LAKU

 Perlakuan konsisten dalam satu jangka masa yang lama dan memberi kesan buruk kepada pembelajaran murid.
 Menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
 Menghalang mereka daripada berfungsi secara efektif.
 Terbahagi kepada tiga iaitu minor major dan kronik.
 Tingkah laku yang ditunjukkan tidak normal dan bertentangan dengan lazim/nilai/norma sosial.

Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990) :
Tingkah laku bermasalah adalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan hidup seseorang. Mengakibatkan sesi P n P terjajas dan tidak berkesan akibat gangguan tersebut.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori Pembelajaran Sosial melibatkan 3 prinsip utama. Terdiri daripada individu(proses), persekitaran (enviroment) dan tingkah laku(behaviour).




I = Individu
P = Persekitaran
T = Tingkah laku



Rajah 1 : Tiga prinsip Teori Pembelajaran Sosial


Tokoh mazhab sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behaviouris bersama mazhab kognitif.

Teori ini dikenali sebagai Teori Perlakuan Model oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan teknik permodelan memberi pengaruh yang lebih besar kepada kanak-kanak .

Bandura dan Walters telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan kanak-kanak berusia 3-6 tahun pada tahun 1963.

Kajian membuktikan kanak-kanak secara keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan lebih agresif.



EKSPERIMEN 1


Kedua-dua kumpulan kanak-kanak kemudian dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Maka didapati :

Kumpulan A bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit, malahan bertindak dengan lebih agresif dan ganas

Kumpulan B tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.



EKSPERIMEN 2


Kemudian ketiga-tiga kumpulan kanak-kanak dibawa ke tempat permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Maka didapati :

Kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif berbanding dengan orang dewasa yang diperhatikan oleh mereka.

Kumpulan B dan kumpulan C Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif.



RUMUSAN


EKSPERIMEN 1 : Kesimpulannya tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan.

EKSPERIMEN 2 : Kesimpulannya tingkah laku peniruan atau permodelan adalah hasil peneguhan


Berdasarkan Teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia. Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut

Orang yang diperhatikan sebagai model, dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan (modelling).



PROSES PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/PERMODELAN

Terdapat empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian/permodelan menurut bandura(1986).


Rajah 2 : Empat unsur utama dalam Teori Permodelan Bandura
------------------------------------------------------------------------------------------

Pembelajaran hanya berlaku dengan tumpuan perhatian.
Faktor yang mempengaruhi perhatian :
• Ciri-ciri model seperti nilai, umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati.
• Kegunaan dan faedahnya.
• Kemahiran pemerhati




























JENIS-JENIS PENIRUAN/PERMODELAN


Rajah 3 : Jenis-jenis Peniruan/Permodelan


Rajah 4 : Jenis-jenis Model dalam Peniruan/Permodelan
PRINSIP-PRINSIP PERLAKSANAAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

1. Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial.


Rajah : Prosedur pemerhatian

2. Memastikan proses pemerhatian dijalankan mengikut prosedur iaitu :
3. Memupuk keupayaan mengawal dan manipulasi diri (self regulation) dengan menggunakan pemikiran sendiri dan maklum balas daripada model.
4. Memupuk kecekapan meniru (reproduksi) dengan latihan berulang dan demonstrasi berulang oleh model.
5. Memupuk konsep kendiri yang positif supaya pelajar yakin dengan peniruannya. Oleh itu peneguhan seperti galakan dan pujian diperlukan.




IMPLIKASI TEORI PERMODELAN BANDURA
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara lebih berkesan berdasarkan teori permodelan. Ini dilaksanakan dengan cara berikut :

 Penyampaian guru berkenaan topik yang diajar mestilah menarik supaya guru menjedi model dan gemar dicontohi pelajar.
 Guru melakukan demonstrasi dengan penerangan yang jelas bagi memastikan pelajar memahami dan meniru perlakuan dengan tepat.
 Hasilan guru seperti kerja kraf tangan mestilah berkualiti supaya murid terdorong untuk meniru dan menghasilkan yang lebih baik.
 Guru boleh menggunakan contoh model di kalangan rakan sebaya yang cemerlang untuk membuat demonstrasi di dalam kelas.
 Guru boleh mengajar nilai murni dengan mengunakan teknik main peranan dan simulasi.

KESIMPULAN
 Teori pembelajaran sosial adalah gabungan behaviouris dan kognitif.
 Ini merupakan keadaan tingkah laku yang terhasil adalah mengikut pemikiran murid sendiri.
 Murid menilai melalui model yang dilihat dan akan membuat perkara yang sama jika diberi peneguhan.
 Tetapi jika tiada peneguhan, mereka dapat menilai tingkah laku itu tidak perlu ditiru.
 Guru bertindak sebagai model manakala murid sebagai pemerhati bebas menilai untuk menghasilkan tingkah laku tindak balas kemudiannya.
 




Bina insan guru atau lebih dikenali dgn BIG...sem ni, ku n classmate kne bwt khidmat masyarakat...mmg kne berkhidmatla,hehe..tgkla betapa rajinnya kwn2ku ni, tp klu ikt gamba ni si areka la yg plg berwibawa dgn periuknya,huhuhu...ibu bapa mithali plak bg tokohla kt omey ngan iqbal...bez sangat g PDK Pengkalan kubor 2, dpt tgk sndiri cmne kanak2 pend.khas ni..ktorang bwt sukaneka,seronokla budak2 tu dpt main,n yg plg bez dpt makan sate lepas 2...

otw blek mama bwkla gi pengkalan kubor..cm rantau panjangla, tp tersusun cktla..
tau aku beli ape??CHOCO BIN 1 pek besar,heheheh...pas berjalan-jalan 2 kami pun balikla ke kampus...enjoy your life!!!

wsalammm...
Posted by Picasa