DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah tindakan fizikal dan mental yang dilakukan oleh manusia sama ada naik atau buruk, betul atau salah.

“Tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan dengan cara untuk bertindak dan bagaimana tindak balas seseorang terhadap persekitaran”.
(Raymond G. Miltenberger)

“Tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara kamu lakukan, cara kamu beraksi dan tindak balas terhadap persekitaran. Kebanyakan tingkah laku dipelajari tetapi tingkah laku yang berubah secara tiba-tiba dengan sendiri bukan dipelajari. Tingkah laku sememangnya dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran”.
(Lewis M.Beaker,2001)

“ Tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi. Secara teknik yang melibatkan aktiviti otot iaitu pergerakan tubuh badan yang dihasilkan”.
(Garry Martin , Joseph Pear: 2003)

“Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan sekeliling. Sekiranya konsep diri positif maka dia berupaya untuk berinteraksi dengan lebih yakin”.
(Carl Rogers, 1999)

“ Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan”.
Ciri-ciri berdasarkan Al-Ghazali:
• Berasaskan dorongan dan tujuan. Dorongan ini berasal dari dalam diri manusia itu sendiri.
• Motivasi pula dirangsang melalui rangsangan dalaman dan luaran sama ada keperluan fisiologi atau emosi.
• Motivasi mendorong individu melakukan sesuatu
• Tingkah laku berkaitan dengan perasaan dan kesedaran ikut situasi.
• Interaksi berlaku secara terus antara motivasi dan tingkah laku.
• Tingkah laku dipengaruhi oleh motivasi dan kegopohan dan kelakuan serta pemikiran yang rasional.



DEFINISI SALAH LAKU

 Perlakuan konsisten dalam satu jangka masa yang lama dan memberi kesan buruk kepada pembelajaran murid.
 Menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.
 Menghalang mereka daripada berfungsi secara efektif.
 Terbahagi kepada tiga iaitu minor major dan kronik.
 Tingkah laku yang ditunjukkan tidak normal dan bertentangan dengan lazim/nilai/norma sosial.

Menurut Mohd Nazar Mohamad (1990) :
Tingkah laku bermasalah adalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan hidup seseorang. Mengakibatkan sesi P n P terjajas dan tidak berkesan akibat gangguan tersebut.