Didikan awal sangat penting bermula di sekolah rendah lagi
Camne nak bersatu???
1 Malaysia…setuju sangat dengan konsep 1 Malaysia ni.Bukan apa, sejak dulu lagi rakyat Malaysia dah tahu betapa pentingnya bersatu padu untuk berjaya. Selalu ada dalam cerita kanak-kanak lagi. Saya masih ingat kisah petani yang suruh anak-anaknya patahkan sebatang ranting kayu dengan seberkas ranting kayu. Mestilah seberkas lagi susah dipatahkan. Analogi ni semua orang boleh cerita. Tetapi masalah kita sekarang sebenarnya ialah penghayatan mengenai konsep bersatu padu tu sendiri.
Lihat sekarang masih banyak lagi benda yang terpisah dan mementingkan kaum masing-masing. Begitu juga dalam hal ehwal politik,ekonomi,pendidikan dan sebagainya. Ermm…mungkin tak berapa jelas, biar saya bagi contoh.Pertama, sekolah masih pelbagai jenis dan majoriti mengikut kaum. Kedua, parti politik juga begitu. Anda semua dah tahu, x payah lagi saya cakap rasenya. Ketiga, ekonomi yang berpihak kepada kaum masing-masing.
Tapi pos kali ni saya nak cerita mengenai bidang pendidikan sahaja. Ini kerana mereka yang paling banyak terlibat di dalam bidang pendidikan semestinya kanak-kanak dan golongan remaja yang menjadi murid di sekolah. Didikan sejak awal sudah mengasingkan mereka dan tidak mewujudkan integrasi kaum. Mungkin hanya ada sejak beberapa tahun lalu. Dan kebiasaannya dijadikan poster sekolah sahaja mungkin. Tetapi realitinya masih rendah.
Apabila hendak dibuat satu aliran, mula ada yang melenting menyuarakan penindasan yang berlaku dan dikatakan budaya mereka akan hilang di muka bumi ini. Cuba bayangkan sistem pendidikan dibawah satu pusat sahaja dan semua kaum di Malaysia belajar dengan satu sukatan pelajaran kebangsaan di bawah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Perbezaan antara Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan Sekolah Kebangsaan (SK) hanyalah pada perkataan ‘J’ itu sahaja. Bahasa ibunda kaum masing-masing masih boleh diajar di sekolah kebangsaan.
Bukanlah suatu masalah besar untuk memasukkan matapelajaran tersebut di dalam jadual. Kenapalah kita masih memikirkan pertelingkahan masa lampau. Kenapa mesti berfikir kita akan bergaduh sesama sendiri. Melalui pengalaman semasa saya menjalani Latihan Khidmat Negara, semua orang boleh bergaul mesra dan tidak memikirkan perbezaan kaum,malah saling menghormati kepelbagaian bangsa. Pendedahan ini menyedarkan kepada saya kelemahan kita untuk menerima pembaharuan secara positif.
Memangla, beberapa tahun awal proses pembaharuan pentadbiran menjadi sedikit kucar-kacir. Tetapi dengan tegasnya, semua pihak mesti dijelaskan tujuan Sekolah Satu Malaysia ditubuhkan. Bukan hanya diceritakan dalam kursus Guru Besar sahaja, malahan semua peringkat rakyat.
P/s : Hanya ingin bersatu untuk kemajuan bersama 1MALAYSIA!!!!
